Apakah perbezaan Baja Bio Semi-Organik dengan baja yang lain?

Terdapat pelbagai sumber baja di pasaran, seperti baja kimia, baja organik dan baja bio. Baja ini juga dibahagi kepada baja semula jadi dan baja sintetik. Memilih baja yang tepat untuk ladang anda adalah penting. Kebanyakan baja masa kini mengandungi tiga jenis makronutrien, iaitu nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K). Keseimbangan semua komponen ini adalah penting untuk kesihatan tanaman anda.

Melalui perbandingan pelbagai sumber baja, anda akan dapat mengenal pasti secara efektif baja mana yang paling sesuai untuk tanaman anda. Mari kita terokai perbezaan di antara baja-baja ini dan kelebihan baja bio semi-organik.

Baja Bio Semi-Organik INO Nature menyediakan nutrien yang penting serta bermanfaat kepada tanaman.
Baja INO Nature adalah sesuai untuk sayur-sayuran, buah-buahan, kelapa sawit, pokok, bunga dan lain-lain.

Apa itu baja kimia?

Dalam sistem pertanian konvensional, baja kimia telah digunakan secara meluas untuk memaksimumkan produktiviti. Baja kimia adalah jenis bahan bukan organik yang digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan tanaman. Baja ini dibuat melalui proses sintetik untuk nutrien pertumbuhan tanaman. Dengan kata lain, ia adalah baja kimia sintetik.

Beberapa kelebihan baja kimia adalah kos yang rendah dan hasil dapat dilihat dengan agak cepat. Ia juga dirumus untuk menyediakan nutrien kepada tanaman anda pada peringkat pertumbuhan yang berlainan. Walau bagaimanapun, beberapa kelemahan baja kimia termasuk ia boleh menyebabkan kemerosotan kualiti tanah dan ketidakseimbangan pH dimana kedua-duanya boleh mencemarkan dan memberi impak negatif terhadap alam sekitar. Baja ini juga kekurangan mikronutrien dan memerlukan penggunaan baja yang lebih kerap supaya lebih berkesan.

Apa itu baja organik?

Baja organik berasal daripada sisa tumbuhan atau haiwan, ia mungkin terdiri daripada bahan yang diproses secara ekstensif yang dihasilkan dengan kompos atau tinja. Salah satu kelebihan menggunakan baja organik ialah ia merupakan cara yang bagus untuk melindungi alam sekitar. Baja ini boleh mencapai alam persekitaran yang lebih sihat. Jika anda ingin mengamalkan amalan pertanian yang mesra alam, baja organik adalah pilihan anda.

Baja organik membantu dari segi pengukuhan struktur tanah melalui peningkatan bahan organik dan asid organik dalam tanah. Ia juga menggalakkan pertumbuhan mikrob yang bermanfaat dan dianggap mesra alam. Penggunaannya kurang kerap berbanding dengan baja kimia. Walau bagaimanapun, kelemahannya dari segi nutrien yang tidak konsisten dan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pertumbuhan tanaman anda. Justeru, hasil tanaman dinampak lebih kurang dan kesan yang lebih lambat.

Baja INO Nature adalah campuran sempurna untuk menyediakan nutrisi seimbang untuk tanaman anda.
Tingkatkan bekalan nutrien tanaman dan perbaiki pertumbuhan benih dan tanaman dengan baja bio semi- organik INO Nature.

Apa itu baja bio?

Baja bio menggunakan mikroorganisma hidup untuk meningkatkan pertumbuhan benih dan tanaman. Kebanyakan jenis mikroorganisma yang digunakan dalam baja bio adalah bakteria dan kulat. Selepas diterap ke dalam tanah, mikroorganisma ini mengkolonisasi Rizosfer (kawasan tanah yang mengelilingi akar tanaman) atau bahagian dalam tanaman untuk meningkatkan bekalan nutrien dan kadar penyerapan nutrien. 

Kelebihan baja bio termasuk kemampuannya untuk melepas elemen nutrien yang terperangkap dalam tanah serta mengurai pestisid dan mengubah komposisi logam berat dalam tanah. Ia juga meningkatkan kesihatan dan ketahanan tanaman sambil mengurangkan serangan penyakit. Walau bagaimanapun, kelemahan baja bio ialah berkesan lambat dan mengambil masa untuk mendapatkan hasil. Ia juga memerlukan dos baja yang lebih banyak dan juga mudah dipengaruhi oleh perubahan persekitaran.

Memahami Perbezaan Antara Baja Kimia, Organik, dan Bio

Berikut adalah perbandingan dan ringkasan jenis-jenis baja biasa yang dapat kita lihat di pasaran. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kelemahan  tersendiri.

Perbezaan Antara Baja Kimia, Organik, dan Bio

Apakah baja bio semi-organik, dan apakah perbezaannya?

Memperkenalkan campuran baja yang istimewa dan lebih berkesan. Baja bio semi-organik ini menggabungkan baja kimia, organik, dan bio yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. INO Nature menggunakan teknologi inovatif berpaten untuk menggabungkan kelebihan ketiga-tiga jenis baja ini untuk formulasi yang terbaik supaya mencapai keseimbangan eko sistem. 

Baja bio semi-organik INO Nature menggabungkan kelebihan baja kimia, organik dan bio.

Apa kelebihan yang diperolehi dengan menggunakan baja bio semi-organik?

Nutrien keseimbangan eko
Solusi nutrisi lengkap dan seimbang

Baja keseimbangan eko dihasilkan dengan teknologi gabungan baja kimia, organik, dan bio. Baja bio semi-organik ini memenuhi semua keperluan tanaman anda dan menyediakan keseimbangan nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan tanaman untuk mencapai hasil tanaman berkualiti tinggi serta pemulihan tanah.

Berbaloi dan mengakibatkan penggunaan yang lebih rendah

Penggunaan baja bio semi-organik akan semakin berkurangan berbanding dengan baja kimia kerana ia dapat mengubahsuaikan keadaan tanah dan memperbaiki struktur tanah, jadi mengakibatkan penggunaan dos baja yang lebih rendah. Justeru, baja ini adalah berbaloi dan menjimatkan masa dalam pembajaan.

Mesra alam dan mampan

Formula baja bio semi-organik ini memberi tumpuan untuk mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitar dan menyumbang kepada pertanian lestari. Ia menggabungkan kecekapan produk dengan perlindungan alam sekitar untuk menyediakan pendekatan yang menyeluruh kepada amalan pertanian.

Selamat dan boleh dipercayai

Berbeza dengan baja jenis granular yang mungkin menimbulkan risiko kesihatan disebabkan oleh komposisi kimianya, baja bio semi-organik memberikan keutamaan kepada keselamatan. Produk ini direka khusus untuk menggalakkan pertumbuhan tanaman yang sihat tanpa menjejaskan pengguna atau alam sekitar.

Berminat dengan baja bio semi-organik?

INO Nature mempunyai pelbagai jenis baja bio semi-organik yang dirumus khas untuk disesuaikan dengan semua jenis tanaman dan tumbuhan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang baja berpaten INO Nature, baja semi-organik, sila layari halaman produk kami.

Seri baja kami menawarkan pilihan fleksibel untuk petani dan pengusaha ladang untuk memenuhi keperluan khusus ladang mereka. Memilih baja yang sesuai untuk tanaman  memainkan peranan yang penting dalam mengoptimumkan hasil pertanian dan menggalakkan amalan pertanian lestari.

Jika anda memerlukan bantuan atau konsultasi berkaitan dengan baja semi-organik bio, sila hubungi kami.

INO Nature mempunyai pelbagai jenis baja yang sesuai untuk setiap keperluan tanaman