Pameran Kerjaya Pertanian 2023 di Universiti Putra Malaysia (UPM)

INO Nature berasa amat besar hati kerana merupakan salah satu daripada tujuh syarikat yang dijemput secara eksklusif untuk menyertai Pameran Kerjaya Pertanian 2023. Pameran ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian dan Fakulti Pertanian (PERMATANI). Matlamat program yang bertemakan “Leaders Grow Here” adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor pertanian, dan membantu menyediakan pelajar mengenai halatuju kerjaya selepas tamat pengajian.

Kerjasama strategik dengan institusi pendidikan membolehkan INO Nature memupuk kepentingan serta manfaat pertanian lestari, dan pada masa yang sama, mempromosikan baja Bio Semi-Organik kami. Melalui program ini, INO Nature berharap dapat menarik bakat yang sesuai dan berpotensi.