INO Nature Menaja Biasiswa Sarjana Sains Citra

Signing of Letter of Intent for scholarship sponsorship between Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and INO Nature Sdn Bhd.

Pada Januari 2023, INO Nature Sdn Bhd menandatangani Surat Hasrat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk tajaan Biasiswa Sarjana Sains Citra. Sempena majlis menandatangani perjanjian itu, institusi akademik tersebut turut melancarkan Program Sangkutan Industri, satu inisiatif kerjasama dengan syarikat untuk pelajar memperoleh pengalaman yang praktikal. INO Nature juga akan membiayai pengajian pertama untuk pelajar Sarjana Sains Citra.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof Dr Mohammad Kassim, Dekan Pusat Pengajian Universiti Citra, Prof Dr Khairul Anwar Mastor, Encik Roger Saw Gee Shyang, Pengasas dan Pengarah Urusan INO Nature Sdn Bhd , dan Dato’ Lee, pemilik Ladang Nanas Sky Ladder.