Hari Ladang di Gerik, Hulu Perak

INO Nature bersama rakan niaga – TS Agriculture Enterprise telah mengambil bahagian dalam Ekspo Hari Ladang yang diadakan di Gerik, Hulu Perak pada 13 Julai 2023. Majlis anjuran Jabatan Pertanian Negeri Perak ini diserikan oleh YB Dato’ Hj Mohd Zolkafly Harun, Exco Negeri Perak, dan Tuan Shahril, Timbalan Pengarah Pertanian. Selain daripada mempamerkan baja Bio Semi-organik, INO Nature turut berkongsi manfaat baja tersebut dalam menghasilkan tanaman yang tinggi nutriennya, dengan amalan pertanian yang lebih selamat dan lestari.