Agro Green di Setia Alam

INO Nature telah mengambil bahagian dalam Agro Green yang diadakan di Setia Alam pada 18 hingga 19 Feb 2023. Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Mohamad Zahri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan Tuan Azahar, Pengarah Pertanian Negeri Selangor. INO Nature mempamerkan baja Bio Semi-Organiknya dan berkongsi manfaat baja tersebut dalam menghasilkan tanaman yang tinggi nutriennya, dengan amalan pertanian yang lebih selamat dan lestari.